Merupakan satu platform jawatan kosong untuk memudahkan para pengguna mencari jawatan kosong terkini dengan caya yang pantas. Lepasan SPM STPM Sijil Diploma Ijazah Master PHD layak memohon.
Tun Mahathir masih tidak faham GST - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan masih belum memahami sepenuhnya maksud cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, Dr Mahathir juga mungkin masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.
"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.
"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Ahmad mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mahu kerajaan membatalkan GST yang diperkenalkan pada 1 April lalu.
Dr Mahathir juga memberitahu, cukai sedia ada sebelum GST sudah mencukupi selain memberi cadangan tidak salah jika hendak menambah sedikit daripada jumlah cukai berkenaan.
Ahmad juga berkata, orang di sekeliling Dr Mahathir perlu segera memberi penerangan khusus mengenai GST kepada bekas perdana menteri itu.
BACA: Hasil GST tidak akan disalah guna - Hasan Malek
BACA: GST boleh turunkan harga barang - Ahmad Maslan
Dalam pada itu ketika ditanya apakah Ahmad sendiri sedia untuk meluangkan masa memberi penjelasan kepada Dr Mahathir mengenai GST, ini katanya;
"Rasanya tidak payahlah, dia boleh faham sendiri dan mungkin memperincikan cukai baharu ni yang lebih memberi manfaat kepada semua.
"Saya rasa mungkin orang-orang di sekelilingnya boleh memberi penerangan tepat dan tidak terlalu terpengaruh dengan pembangkang yang menyebarkan berita palsu tentang kesan negatif terhadap pelaksanaan GST."
BACA: GST adalah keputusan tepat buat masa depan negara, kata Idris Jala
BACA: GST: 'Katalah apa sahaja, saya tidak akan berhenti bercakap' - Ahmad Maslan
BACA: GST: Emosi rakyat terganggu dengan kenyataan Ahmad Maslan - Pakar psikologi
Sebelum ini Ahmad dilaporkan akan terus memberi penerangan walaupun banyak pihak memintanya berhenti bercakap mengenai GST.
"Ada orang minta saya berhenti bercakap tentang GST. Jika saya ikut kata mereka itu maka pembangkang akan menang dalam putar belit mereka merosakkan minda rakyat," jelasnya.
Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin sebelum ini dilaporkan berkata, hukum bagi pemerintah untuk mengutip cukai seperti GST adalah harus.
Walau bagaimanapun ujarnya, hukumnya harus selagi terdapat keperluan untuk negara dan rakyat selain tiada salahnya mengenakan GST sekiranya pelaksanaannya berlandaskan hukum syarak.
Sumber:http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-m-masih-tidak-faham-gst-ahmad-maslan-58638
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment